Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia
- Details
- Dikemaskini pada Sabtu, 05 Januari 2013 17:47
- Diterbitkan pada Rabu, 28 Oktober 2009 08:00
- Pengarang: SK Sena
SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena telah melancarkan Kem Membaca 1Malaysia yang disambut serentak di seluruh negara pada 30 Oktober, 2009 yang lalu. Kempen yang bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia itu telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim. Seterusnya, guru dan murid SK Sena diberi masa selama 10 minit untuk membaca bahan yang dibawa ke Dataran Sena. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ikrar Kempen Membaca oleh Haniff Izzuddin dari 5 Elit dan persembahan teater oleh kru Tahun 6 CyKidzCRAZE 2009 yang bertajuk "UNTUK APA MEMBACA?". Sebagai penutup kepada pelancaran tersebut, dua orang murid SK Sena telah menerima hadiah Galakan Membaca kerana berjaya mencatat rekod bacaan tertinggi dalam Program NILAM 2009.










