Gotong-Royong Bebas Denggi
- Details
- Dikemaskini pada Sabtu, 05 Januari 2013 17:47
- Diterbitkan pada Khamis, 11 Februari 2010 00:00
- Pengarang: SK Sena
SK SENA, Kangar - Jawatankuasa Kecemerlangan Kesihatan SK Sena hari ini menganjurkan satu gotong-royong untuk memastikan kawasan sekolah bebas daripada ancaman daripada aedes dan denggi. Untuk mencapai matlamat tersebut, guru-guru SK Sena dibahagikan kepada empat kumpulan, dengan setiap kumpulan bertanggungjawab untuk membersihkan, mengutip dan membuang apa sahaja bahan yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dalam kawasan masing-masing.
Gotong-royong dimulakan dengan taklimat kerja oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim. Sejurus selepas itu, gotong royong dimulakan dengan guru-guru bergerak dalam kumpulan dalam kawasan-kawasan yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan tersebut. Program gotong-royong bebas denggi tersebut diakhiri dengan jamuan untuk guru-guru dan staf yang hadir.
Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan staf yang terlibat menjayakan aktiviti gotong-royong bebas denggi kali ini.










